21 Jump Street (2012) R5 LiNE


:INFO::
Source: 21 Jump Street (2012) R5 LiNE RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Action | Comedy
Runtime: 109 min
User Rating: 7.7/10 from 24,558 users
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1232829/
Country: USA
Language: English
Subtitle: None
PLOT MOVIE
A pair of underachieving cops are sent back to a local high school to blend in and bring down a synthetic drug ring.
::SCREENSHOT::
PREVIEW SCREENSHOT

0 comments:

Post a Comment

Kisah Teman Baru Rozita Che Wan

Kota penuh dramatis dengan kisah-kisah romantik ini sememangnya satu lokasi yang sesuai untuk Rozita Che Wan membicarakan teman barunya dalam siri eksklusif bersama majalah GLAM edisi Mei 2012. Majalah GLAM membawa aktres montok, Rozita Che Wan terbang lebih 5000 KM ke negara penuh budaya, India bagi mewarnai muka depan majalah tersebut untuk edisi terbaru. Istimewanya, 42 halaman eksklusif menerima sentuhan daripada jurufoto terkenal, Bustamam Mokhtar menonjolkan sisi indah Rozita Che Wan dalam pelbagai busana berjenama seperti Marc Jacobs. Kami kagum dengan persalinan ala kolonial musim panas yang dikenakan oleh Rozita Che Wan, sekaligus mewujudkan mood vintaj dalam setiap helaian foto-foto ini.

0 comments:

Post a Comment

Harun Salim Bachik Akui Aktiviti Persatuan Seniman Perlahan Kerana Skandal Kewangan


Minggu lalu, kami ada siarkan satu khabar angin yang ketika itu mula berlegar dalam industri hiburan mengatakan PresidenPersatuan SenimanHarun Salim Bachik berniat untuk meletakkan jawatan.
Namun dalam kenyataan kepada media, Harun Salim Bachikmenyangkal semua dakwaan tersebut — tetapi mengakui yang beliau sedikit kecewa dengan apa yang beliau mampu lakukan untuk Seniman.
Hari ini, kami sempat bertemu dengan Harun Salim Bachik untuk mendapatkan kepastian tentang apa sebenarnya yang berlaku dan beliau mendedahkan yang ada tuduhan liar dalam Seniman mengatakan ahli jawatankuasa beliau yang ada kini menyalahgunakan dana persatuan. 
Oleh kerana beliau ingin meredakan keadaan & membuktikan yang ahli jawatankuasa beliau telus, Harun Salim Bachik telah mengambil langkah memperlahankan aktiviti Persatuan Seniman. Maklumat lanjut dalam video di’atas. Heh.

1 comments:

Post a Comment

Filem-cinta kura-kura 2012





Filem ni mengisahkan Nani seorang gadis ceria (lakonan Tizz), dia berusia 21 tahun, Nani ada seekor binatang peliharaan bernama Nico seeokr kura kura yang species nya terancam. Nico ni pulak ada kelebihan buleh bercakap dgn manusia..heheh!! pulak dah.. Nani ni baru pindah le umah abang dia dan berjiran le pulak dengan Adam (lakonan Aeril Zafril) .

Adam ni jatuh cinta le dengan Nani sejak kali pertama memandang..kes cinta pandang pertama le ni..malangnya Nico kura kura kesayangan Nani tak suka di Adam. Nico merancang mensabotaj hubungan Nani dan Adam dari menjadi rapat. Zizan raja lawak la jadi suara si Nico.

Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani. Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik.

Filem ni ada teknologi CGI dan animasi watak Nico yang jadi kura2 tu. Nico watak yang lucu dan melontarkan dialog yang  bakal menggeletek hati penonton.


Tizz Zaqyah sbg Nani
Usop wilca dalam filem ni bagaimana le pulak watak dia ye, adakah Shy8 nak kena bawak watak lembut laki ke atau sama macam dalam filem Hantu kak limah? Shy8 jadi suara latar yang menceritakan kisah ni kpd penonton.


Filem ni ada teknologi CGI dan animasi watak Nico yang jadi kura2 tu. Nico watak yang lucu dan melontarkan dialog yang  bakal menggeletek hati penonton.


Tizz Zaqyah sbg Nani
Usop wilca dalam filem ni bagaimana le pulak watak dia ye, adakah Shy8 nak kena bawak watak lembut laki ke atau sama macam dalam filem Hantu kak limah? Shy8 jadi suara latar yang menceritakan kisah ni kpd penonton.

PERTAMA kali digandingkan di layar perak sebagai pasangan kekasih, pastinya mengundang perasaan gemuruh dan terdetik rasa malu untuk mendampingi pasangan.

Pengalaman ini dilalui pelakon baru yang semakin meningkat popular, Aeril Zafrel apabila mendapat peluang berganding bersama pelakon jelita, Tiz Zaqyah. Sebagai anak seni yang baru bertapak dalam bidang lakon, Aeril berasakan berlakon di sisi Tiz yang cukup popular dengan drama bersiri, Nur Kasih suatu peluang keemasan yang ditunggu.


Aeril berkata, dia mendapat tahu Tiz sebagai pasangan pelakon utamanya ketika dua minggu sebelum penggambaran filem Cinta Kura-Kura terbitan KRU Studios dijalankan. Ketika hadir pada sesi baca skrip filem ini, dia tidak menyangka akan bersama Tiz menjadi tunjang menggerak perjalanan cerita ini.

Ketika fotografi ini diatur KRU Studios di Palm Garden Hotel, IOI Resort, Putrajaya kelmarin, jelas kelihatan keserasian di antara Aeril dengan Tiz. Mungkin masih ramai yang belum mengenali Aeril di pentas lakon berbanding Tiz tetapi dia pernah mencuri tumpuan menerusi drama bersiri, Klik di Astro Ceria dan filem pertamanya, Aku Tak ****h ditayangkan tahun lalu.

Aeril berkata, dia bersama Tiz mula berkawan rapat ketika terbabit dalam filem ini. Dalam filem arahan Nizam Zakaria ini, Aeril membawakan watak Adam mempunyai perasaan sayang pada haiwan iaitu kura-kura manakala Tiz sebagai Nani, memelihara kura-kura, Nico.

Hubungan dua watak ini bertemu selepas Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin (Bob AF2) dan mereka berjiran dengan Aeril. Mengambil subjek kura-kura, mereka menjadi rapat sehingga masing-masing memendam perasaan cinta.

“Sepanjang berlakon bersama Tiz dalam filem ini, saya berpandangan dia seorang yang sangat ‘mudah mesra’ dan boleh terima pandangan satu sama lain. Malah, kami senang berbincang ketika melakukan latihan dan berlakon, situasi ini membuatkan kami selesa menghayati karakter.

“Sama ada di dalam set atau di luar, saya fikir apabila pelakon itu banyak meluangkan masa bersama dan bergurau satu sama lain, ia boleh membuatkan hubungan itu menjadi lebih rapat dan mesra,” katanya.

Berbicara lanjut aspek lakonan, Aeril menyukai watak Adam yang membawa karakter berbeza daripada apa yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Sambil merujuk pada watak utama, kura-kura, dia perlu lebih banyak berkomunikasi dengan haiwan ini dalam banyak adegan.

“Dalam cerita ini karakter saya digambarkan mempunyai kelebihan boleh bercakap dengan kura-kura. Memang kelakar dan sukar pada mulanya kerana ia memerlukan imaginasi seolah kura-kura ini memang boleh berkomunikasi dengan manusia.

“Di awal perkenalan Adam dengan Nani, Adam juga berkawan rapat dengan Nico iaitu kura-kura peliharaan Nani. Situasi ini sebenarnya membuatkan Nani berasa cemburu.

“Di set penggambaran, berlakon dengan cara imaginasi dan selamba, memberi cabaran yang besar pada saya. Untuk mendapat penghayatan dan aksi lakonan terbaik, saya sendiri sanggup beli patung kura-kura untuk buat latihan,” katanya merujuk kembali penggambaran dijalankan awal tahun lalu di sekitar Shah Alam, Putrajaya dan Kuala Lumpur.
Menyingkap pengalaman di lokasi penggambaran, Aeril mengakui ia suatu yang menyeronokkan dan mencuit hati apatah lagi pelbagai adegan spontan berlaku bersama kura-kura sebenar ketika berlakon. Filem ini menggunakan teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menampakkan kura-kura bercakap.

“Ada adegan ketika saya memaksa kura-kura sebenar bercakap dengan menggegarkan badannya, dia kemudian memberi respon sehingga berak atas saya. Ada juga, adegan yang sepatutnya saya berkomunikasi dengannya tetapi kura-kura itu pula memasukkan kepalanya ke dalam.
“Dalam memahami sikap kura-kura ini, saya menyedari haiwan ini tidaklah bertindak ganas tetapi selepas kita banyak belajar bagaimana menjaganya, saya sendiri berasa lebih selesa,” katanya.

Tiz pula menyatakan lakonannya kali ini lebih bersifat ringan berbanding watak-wataknya sebelum ini yang banyak bermain emosi dan lebih menjurus pada soal cinta. Secara peribadi, Tiz menyatakan dia selesa membawakan karakter komedi selepas pernah membawa watak sebegini menerusi drama Suzana, Aduh-Aduh Sayang dan Mencari Jalan Lurus.
“Cerita ini menarik kerana ada elemen komedi diselitkan. Begitu juga, saya bersama Aeril banyak bermain warna merah dan hijau kerana merah itu membawa maksud cinta manakala hijau adalah kura-kura.

“Bagi saya, lakonan dan dialog memainkan peranan penting dan banyak membantu dalam memberikan elemen komedi itu sampai kepada penonton. Sebenarnya, berlakon komedi lebih mudah kerana kita boleh membawa perwatakan sendiri secara semula jadi dalam watak itu.

“Merujuk pada watak Nani dengan Adam, mereka mempunyai perasaan cinta satu sama lain tetapi tidak melafazkannya. Nani menunggu bila Adam mahu melamarnya tetapi sikap Adam seolah lembap seperti kura-kura,” katanya.
Tiz akui perasaan cinta antara Nani dengan Adam diibarat cinta pandang pertama apabila masing-masing tertarik untuk mendekati tetapi tidak dilakukan dengan serius. Sambil mencari titik serasi dengan Aeril melakonkan karakter pasangan kekasih, Tiz juga tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan kura-kura.

“Saya tidak kekok bersama kura-kura kerana saya juga menyukai haiwan peliharaan. Saya sendiri memelihara ‘sugar glider’ dan kucing di rumah dan saya rasakan perasaan sayang yang wujud terhadap kura-kura mahupun haiwan peliharaan saya sama saja.
“Menariknya, dalam filem ini Nico makan pizza dan ada adegan saya menyuapkan pizza kepada Nico. Saya fikir adegan ini menarik untuk ditonton menggambarkan perasaan sayang antara manusia dengan haiwan cukup erat,” katanya.

Berbicara perkembang lain, Tiz semakin sibuk dengan komitmen drama baru termasuk kini terbabit dengan penggambaran Keroncong Untuk Ana arahan Eirma Fatima yang dijayakan bersama Datuk Rahim Razali dan Fatimah Abu Bakar.


Menyentuh azam 2012, dia mahu memperbaiki kelemahan lakonan sambil menyimpan impian membawa karakter wanita lasak. Tiz berpandangan watak yang dilakonkan sebelum ini bukan ‘stereotaip’ tetapi ia berbeza dengan merujuk pada plot dan perkembangan watak.
sumber

2 comments:

Post a Comment

jack sparrow is muslim.. what

walaupon untuk download kurang tapi ini adalah cerita tentang movie gak kan..


Kapten Jack Sparrow, siapa tak kenal dirinya?  Seorang lanun laut yang lucu, yang muncul dalam trilogi filem “Pirates of the Carribean” ini menarik minat ramai orang. Namun tidak ramai yang tahu bahawa Jack Sparrow sebenarnya adalah seorang muslim bernama Yusuf Rais!
Dalam Wikipedia telah menyatakan bahawa tokoh Jack Sparrow ditulis sebagai lanun laut “fiksyen”. Identiti Jack Sparrow terungkap dalam filem terbaru “Pirates of the Carribean: StrangerTides” yang ditayang baru-baru ini. dalam poster filem ini ada beberapa perkara yang kita tidak sedar pun.
Poster menunjukkan sekeping aksesoris yang tergantung yang mempunyai simbol bulan dan bintang, tidak lain adalah simbol Islam yang dipopularkan semasa Kesultanan Turki Uthmaniyyah. Ini bukanlah satu kebetulan. John Ward atau Birdy atau Jack Ward adalah lanun laut yang terkenal yang berasal daripada England. Hidup pada tahun 1553-1622. Seorang pelaut Inggeris mendeskripsikan ciri-ciri fizikal Jack sebagai bertubuh pendek dengan rambut tipis keputihan dan botak di bahagian depan.
Wajahnya agak hitam dan berjanggut. Dia banyak bercakap dan sering juga mengutuk. Sering mabuk dari pagi hingga malam. Kelakuannya tidak menyenangkan. Juga bodoh dalam berniaga.Ia menjadi lanun laut sekitar tahun 1603. Ketika itu, bersama 30 orang rakannya, Jack merampas kapal layar berukuran kecil seberat 25 tan dari Pelabuhan Portsmouth. Rakan-rakannya telah menjadikan Jack sebagai kapten kapal tersebut. Proses menjadikan Jack sebagai kapten ini tercatat sebagai sejarah pertama lanun memilih sendiri pemimpinnya.
Berbekalkan sebuah kapal layar kecil, Jack telah menakluk kapal layar bernama “Violet” semasa bergerak ke Isle of Wight. Dengan armada yang lebih besar, dia terus melakukan aksi lanunnya sehingga dapat menakluk sebuah lagi kapal milik Perancis yang bersaiz besar.
Armada Jack meneruskan perjalanan menuju ke Laut Tengah yang berada di antara Eropah dan Afrika. Di sana mereka merampas sebuah lagi kapal perang yang kemudian dinamakn “The Gift”. Dengan kapal perang ini, Jack dan anak buahnya menyerang peniaga yang melintasi Laut Tengah selama dua tahun berturut-turut.
Pada tahun 1605, The Gift kemudian menuju ke Sale, Maroko. Dua orang pelaut, masing-masing berbangsa Inggeris dan Belanda bergabung dengan komplotan Jack. Setahun kemudian Jack membuat perjanjian dengan Sultan Tunisia, Usman Dei, untuk menjadikan kota Tunisia sebagai markas mereka. Bermula dari sini, kegiatan lanun Jack semakin memuncak.
Sebuah kapal tua seberat 60 tan bernama “Reniera e Soderina” berjaya dirampas Jack. Kapal ini kemudian karam ketika belayar di sekitar Greek setelah menewaskan 400 anak kapal di mana 250 orang di antaranya adalah muslim dan 150 yang lain adalah orang Inggeris. Kematian beratus-ratus muslim ini membuatkan rakyat Tunisia murka kepada Jack. Usaha Jack untuk mendapatkan pengampunan daripada Raja James I di England tidak berjaya. Namun Sultan Tunisia telah menepati janji dengan memberi perlindungan kepada Jack.
Sikap murah hati Sultan membuatkan Jack terpanggil untuk menjadi rakyat Tunisia (ketika itu Tunisia di bawah kuasa Turki Uthmaniyyah). Jack lantas menukarkan namanya menjadi Yusuf Rais dan mengahwini perempuan Itali namu selalu menghantar wang kepada isteri tuanya di England. Kisah pertukaran kewarganegaraan ini telah menginspirasikan seorang penulis Robert Daborne untuk menulis satu naskah berjudul “A Christian Turn’d Turk” pada tahun 1622.
Beberapa tahun berikutnya, Jack meneruskan aktiviti rampasan hingga ia mencapai kemakmuran. Sebelum bersara dan menghabiskan usianya dengan hidup bahagia di Tunis, namanya harum dan terkenal kerana menyelamatkan ribuan muslim dan yahudi Sepanyol dalam sebuah pelayaran.
Jack meninggal pada tahun 1622, ketika berusia 70 tahun, kerana wabak penyakit. Namun semasa menjelang kematiannya, Jack telah pun menukarkan agamanya dan menjadi seorang muslim.
Atas alasan sejarah itulah, pembuat filem “Pirates of the Carribean: Stranger Tides” telah meletakkan sedikit ikon muslim pada diri Jack Sparrow atau Yusuf Rais ini. Jack memakai aksesoris dengan simbol bulan dan bintang, serban merah (trend pakaian muslim masa lalu), dan janggut. Tingkah laku Yusuf Rais juga ditiru habis-habisan oleh Johny Depp semasa memegang watak sebagai Jack Sparrow.
Sumber: Zerotional

1 comments:

Post a Comment